03felda4.transformed.jpg

Semangat jadi sandaran FELDA United

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MARAN: Semangat melawan dan keazaman tinggi menyaksikan FELDA United bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas PKNS FC 3-2 pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, B Satianathan berkata, walaupun beraksi kurang kemas pada separuh masa pertama, pemain skuad kendaliannya itu tampil bertenaga hasil perubahan taktikal dilakukan sebaik babak kedua bersambung.

“Kita boleh tengok sendiri aksi mereka (pemain) pada babak pertama dan kedua… kita gagal mengancam kubu pertahanan PKNS FC akibat ketumpulan bahagian tengah, selain kita turut hilang fokus Sampai memberi peluang kepada mereka mendahului dua kali.

“Memang kita ada beberapa peluang (separuh masa pertama) dan ia gagal disudahkan oleh barisan hadapan.

“Apa pun, kita berjaya menewaskan mereka dan kita lihat apa yang kita boleh perbaiki menjelang pertemuan menentang Perak hujung minggu ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu, malam tadi.

Satianathan turut memuji aksi dipamerkan PKNS FC kendalian Sven Gartung yang tampil dengan ramai pemain yang sudah lama Tak beraksi.

Pemain Felda United, Muhammad Shukor Adan (kanan) menanduk bola sambil menewaskan penjaga gol PKSN, Muhammad Zamir Selamat (kiri) dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. – Foto Muhd Asyraf Sawal

Beliau berkata, The Fighters kini mensasarkan untuk menghuni tangga teratas Kumpulan B Piala Malaysia dan sanggup berdepan mana-mana pasukan di peringkat suku akhir ataupun separuh akhir.

“Kita kena lihat siapa yang akan kita jumpa nanti. Matlamat saya bagi saingan Piala Malaysia ialah menjadi juara Kumpulan B dan di suku akhir atau separuh akhir kita tak boleh elak dari berjumpa pasukan yang kuat,” katanya.

Sementara itu, pengendali PKNS FC, Sven Gartung berkata, kegagalan para pemain mengekalkan corak permainan pantas pada awal babak pertama dan kedua mengundang kekalahan buat mereka.

“Kita kehilangan rentak selepas 15 minit beraksi pada separuh masa pertama… pemain hanya boleh mengharapkan serangan balas pantas.

“Gol awal FELDA United pada minit pertama separuh masa kedua sangat memberi kesan kepada keputusan malam ini.

“Secara keseluruhan, saya bangga dengan pemain kerana mereka sudah melakukan yang terbaik… sekarang, kami kena tumpu kepada baki perlawanan Liga dan berharap dapat kembali menemui rentak kemenangan selepas ini,” katanya.

PEMAIN FELDA United, Norshahrul Idlan Talaha dikawal pemain PKNS dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. – Foto Muhd Asyraf Sawal

Semangat jadi sandaran FELDA United

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *