DlwHIdZVsAA-OzV.jpg

Semoga Ardell cepat sembuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ADA yang masih ingat kisah pelakon kecil molek Ardell Aryana yang heboh sekejap dan dikatakan menghidap sejenis kanser namun kemudian menutup mulut kisah berkenaan.

Mungkin dia tak nak simpati ramai dengan pendedahan kisah sebegitu, sebaliknya memenuhkan rutin hidup dengan meniaga macam-macam produk.

Mizz Lahar selalu juga tertengok Instagram Ardell, nampaklah banyak produk yang dipromosikannya. Dia juga selalu memuat naik status-status tentang motivasi hidup. Mizz Lahar kagumlah juga dengan pendekatannya. Mula-mula tunjuk sakit kemudian kunci mulut bila media bertanya, tak mengapalah kalau tak sudi.

Cuma dua hari lepas kisah penyakit Ardell kembali jadi perhatian Bila sahabatnya, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi sekeping gambar Ardel di atas katil hospital menerusi Insta Story dengan kapsyen berbunyi: “Sorry baru dapat datang jenguk kau, @ardellaryana. Dengan nama Allah, saya berserah diri kepada-Nya, dan Tak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya.”

Beberapa jam sebelum itu, Nadzmi ada juga muat naik video dalam Insta Story bersama Ardell dengan kapsyen ‘You are the strongest person i know’ (kamu Adalah individu paling tabah yang dikenali) dan ‘strongest among all’ (paling tabah dalam kalangan semua).”

Sebelum ini juga, Mizz Lahar pernah nampak Ardell berkerusi dalam perkongsiannya di Instagram. Kalau betul Ardell tengah sakit namun tak mahu bercerita lanjut tentang tahap sakitnya dengan peminat, Mizz Lahar doakan semoga apa jua proses penyembuhan yang sedang dijalani akan dipermudahkan Allah. Mohon peminat juga doakan Ardell.

Semoga Ardell cepat sembuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *