SITINURHALIZA01.jpg

Senang nasihat curah ilmu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan pemergian Tan Sri SM Salim sebagai satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.

Siti yang kini berada di Jakarta, Indonesia berkata, negara kehilangan seorang lagi tokoh seni serba boleh.

“Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan generasi muda seperti saya dan rakan Seniman lain.

“Pengalaman berduet bersama beliau menerusi Gita Pandang-Pandang Jeling-Jeling serta Bergending Dang Gong antara pengalaman yang tak dapat dilupakan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, Allahyarham seorang yang banyak memberi nasihat walaupun diselitkan lawak jenaka dalam persembahan.

Malah beliau juga seorang yang sangat rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi.

“Saya turut bersedih dengan perkhabaran ini dan mendoakan beliau tergolong dalam kalangan mereka yang beriman.

“Salam takziah buat seluruh Pakar keluarga beliau dan saya mohon maaf kerana Tak dapat menziarah kerana berada di Jakarta,” katanya.

Senang nasihat curah ilmu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *