Hetty_Sarleneasfsdf.transformed.jpg

Seniman Hetty Sarlene sah bergelar isteri Dani Aaqil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON dan penyanyi, Hetty Sarlene menyarungkan cincin ke tangan suaminya, Daniel Oakes, selepas sempurna pada Majlis Pernikahan Hetty Sarlene Abdul Hamid Hassan di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura. – Foto Mohd Azren Jamaludin

SINGAPURA: Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, sah menjadi isteri Aaqil, 32, jejaka pilihannya yang berasal dari London.

Majlis pernikahan pelakon drama Sembilu Kasih serta filem Sembilu 2005 dan Iskandar itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di sini pada jam 12.55 tengah hari tadi.

Hetty Sarlene yang pernah popular dengan Gita Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita, kelihatan anggun mengenakan busana berona putih, manakala pasangannya segak memakai baju Melayu cekak musang warna sedondon.

Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.

Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500).

Majlis pernikahan Hetty Sarlene dan Dani Aaqil berlangsung secara sederhana tetapi meriah.

“Kami hanya menjemput Pakar keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang intim,” kata Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu.

Kemeriahan majlis pernikahan itu terserlah serta berseri dengan pemilihan konsep taman dan kembang, dan majlis resepsi serta persandingan turut diadakan di lokasi sama.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah dan Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini.

Seniman Hetty Sarlene sah bergelar isteri Dani Aaqil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *