1581684209_hqdefault.jpg

Seorang pekerja binaan masih terperangkap

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan hanya seorang pekerja binaan warga asing masih terperangkap dalam runtuhan struktur bangunan di Taman Desa, di sini, petang tadi.

Sehingga jam 7.45 malam tadi, usaha membawa mangsa keluar yang terhimpit dengan objek berat sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata pihaknya sudah berkomunikasi dengan mangsa yang terperangkap itu dan dia dijangka dapat dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Sehubungan dengan usaha membawa keluar mangsa ini juga, pihak bomba turut melarang pihak atau agensi penguatkuasaan lain yang Tak ada kepakaran keselamatan untuk berada berhampiran bangunan ini.


Keadaan bangunan kondominium 37 tingkat dalam pembinaan runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias


Keadaan bangunan kondominium 37 tingkat dalam pembinaan runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias


Suasana di luar tapak pembinaan kejadian bangunan kondominium 37 tingkat runtuh di Taman Desa. – NSTP/Aswadi Alias

“Ini berikutan penilaian awal kami yang mendapati struktur binaan di kawasan ini dirasakan Tak selamat dan Tak kukuh,” katanya kepada media sebentar tadi.

Seramai 150 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan polis dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat selain ditugaskan mengawasi lokasi berhampiran tempat kejadian.

Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian ini pada jam 3.47 petang mengerahkan lima jentera dengan kekuatan lebih 50 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

Seorang mangsa lagi yang terperangkap berjaya diselamatkan pada jam 5.15 minit petang dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa dipercayai warga Bangladesh.

Seorang pekerja binaan masih terperangkap

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail