bhbalik23-o_BHfield_image_listing_featured.var_1558616863.jpg

Seorang pelajar maut, 26 cedera nahas bas dan kereta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JELEBU: Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, di sini, maut manakala 26 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta di Jalan Kuala Klawang-Seremban, berhampiran Bukit Tangga, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3.39 petang tadi menyebabkan mangsa berusia 20-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata 25 pelajar menaiki bas awam dari Kuala Klawang menuju ke Seremban kerana bercuti untuk menyambut Aidilfitri.

KEADAAN kemalangan melibatkan bas awam dan kereta di jalan Kuala Klawang – Seremban dekat Bukit Tangga. – Foto Ihsan Pembaca

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Kejadian itu menyebabkan bas yang membawa 25 pelajar serta seorang pemandu itu terbalik di kaki bukit manakala SUV berkenaan terbalik di tengah jalan,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan polis kini sedang mengenalpasti dua orang yang cedera dari SUV yang sudah dihantar ke hospital.

Ibrahim berkata, Jenazah diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera serta 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jelebu dan Senawang.

“Sebaik tiba kami mendapati pemandu dan penumpang yang menaiki SUV sudah dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Pelajar yang cedera Adalah 14 lelaki dan 10 perempuan dari Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang,” katanya.

Seorang pelajar maut, 26 cedera nahas bas dan kereta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *