PUNCH22.transformed.jpg

Sepanyol bangkit benam Iran

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KAZAN, Russia: Sepanyol berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Iran dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia sebentar tadi hasil jaringan Diego Costa, biarpun gawang skuad Eropah sering diancam pada separuh masa kedua.

Penyerang veteran itu meledak gol ketiganya dalam dua perlawanan Bila percubaan Ramin Rezaeian mengeluarkan bola terkena kaki pemain Sepanyol itu dan melantun ke gawang pada minit ke-54.

PENJAGA gol Iran, Ali Beiranvand menumbuk bola keluar selepas bagi menyelamatkan kubunya selepas diasak pemain Sepanyol, Diego Costa (dua dari kiri). – Foto EPA

PEMAIN Sepanyol, David Silva cuba lepasi kawalan dua pemain Iran. – Foto AFP

Biarpun Sepanyol sering mengepung gawang Iran pada separuh masa pertama, mereka dikejutkan lawan pada separuh masa kedua ketika  percubaan Karim Ansarifard terkena tepi jaring manakala jaringan Saeid Ezatolahi dibatalkan menerusi sisitem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu membolehkan Sepanyol berkongsi tangga teratas kumpulan bersama Portugal dengan empat mata namun diikuti Iran dengan tiga mata menjelang perlawanan ketiga dan terakhir kumpulan.

Sepanyol bangkit benam Iran

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *