9mohamed_abrini_01.transformed.jpg

Serangan Brussels: Abrini ditahan bersama empat lagi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Suspek serangan di Paris, Mohamed Abrini.

BRUSSELS: Suspek serangan di Paris, Mohamed Abrini, ditahan bersama-sama empat yang lain dalam siri serbuan pada Jumaat yang ada kaitan dengan pengeboman di lapangan terbang dan stesen kereta Barah bawah tanah di ibu negara Belgium.

Penangkapan itu menandakan langkah penting dalam siasatan mengenai rangkaian dipercayai melancarkan serangan di Paris pada 13 November yang mengorbankan 130 orang dan pengeboman pada 22 Mac yang meragut 32 nyawa di Brussels.

Pergerakan militan IS yang menawan sebahagian besar Syria dan Iraq mendakwa bertanggungjawab melancarkan kedua-dua serangan, mencetuskan amaran di seluruh Eropah.

“Mohamed Abrini ditangkap di Anderlecht, kawasan penempatan di Brussels,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya persekutuan kepada sidang akhbar di kota raya itu.

Katanya, Abrini ditahan bersama-sama dua lagi yang Tak dikenal pasti.

Stesen televisyen RTL menunjukkan rakaman apa yang dikatakan kemungkinan penangkapan Abrini, dengan seorang lelaki dijatuhkan ke kaki lima oleh anggota polis berpakaian awam memakai topeng dan kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kereta awam berwarna kelabu. – AFP

Serangan Brussels: Abrini ditahan bersama empat lagi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *