palmyr.transformed.jpg

Serangan gas dilaporkan di Palmyra

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

DAMSYIK: Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan kemungkinan berlaku serangan gas di kawasan dikuasai militan Daesh berhampiran Palmyra semalam ketika pengeboman besar-besaran di wilayah sama yang mengorbankan 53 orang.

Memetik sumber berhampiran lokasi serangan di timur Hama, barat laut Palmyra, SOHR menyatakan ada kes lemas dan puluhan penduduk cedera dalam bedilan roket ke kawasan itu.

Mangsa yang terbunuh termasuk 28 kanak-kanak. Sumber melaporkan memandang Jenazah tanpa kecederaan nyata.

“Serangan dilaporkan dilancarkan dari udara dan menyasarkan kawasan berhampiran bandar Uqairabat yang terletak di jalan utama ke selatan Palmyra dari wilayah dikuasai kerajaan,” menurut SOHR tanpa mengulas pihak yang bertanggungjawab.

Perkhidmatan berita yang ada kaitan dengan Daesh, Amaq, dalam satu kenyataan, melaporkan 20 maut dan 200 lagi mengalami masalah pernafasan disebabkan serangan udara Russia yang menggunakan gas sarin.

Jurucakap Kesatuan Penjagaan Perubatan dan Pertubuhan Bantuan (UOSSM), berkata kira-kira 86 terbunuh dan 250 lagi cedera dalam serangan itu.

UOSSM Adalah gabungan agensi bantuan antarabangsa yang membiaya hospital di Syria. Ia pernah bekerja dengan kakitangan di kawasan serangan sebelum Daesh mengambil alih kawalan.

Tentera Syria dan Russia menafikan penggunaan senjata kimia.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan gas sarin digunakan di beberapa bahagian wilayah dikuasai pemberontak di Ghouta di pinggir Damsyik pada 2013.

Amerika Syarikat menuduh kerajaan Syria melancarkan serangan itu yang dianggarkan membunuh kira-kira 1,400 penduduk tetapi Damsyik menyangkal keras sebaliknya menyalahkan pemisah.

Siasatan PBB tahun ini mendapati tentera Syria menggunakan klorin dalam serangan terhadap pembangkang dan Daesh juga menggunakan senjata kimia dalam serangan. – Agensi

Serangan gas dilaporkan di Palmyra

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail