shiras.transformed.jpg

Sharifah Shahira selamat lahirkan bayi perempuan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHIERA selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 2 petang tadi.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, 42, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 2 petang tadi.

Suaminya, Zulkfili Azahari atau Ijoy, 42, berkata, Shiera melahirkan bayi mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di sini dan kedua-duanya sihat tanpa sebarang komplikasi.

“Shiera dimasukkan ke hospital pada jam 6 pagi tadi. Mengikut perancangan awal, Shiera akan bersalin secara normal. Tetapi Bila Shiera masih belum menunjukkan tanda untuk segera bersalin, doktor Menyodorkan pilihan supaya menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah tiada sebarang kompilasi berlaku, malah mereka sihat dan selamat. Itu yang lebih penting,” katanya kepada BH Online.

Hasil perkahwinan bersama Ijoy, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7.

Shiera sebelum ini, turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.

Sharifah Shahira selamat lahirkan bayi perempuan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *