25sharp.transformed.jpg

Sharp setuju tawaran AS$6.2 bilion Foxconn

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TOKYO: Sharp Corporation bersetuju dengan janji niaga penyelamat bernilai 700 bilion yen (AS$6.2 bilion) yang ditawarkan Foxconn Technology Group dari Taiwan, berbanding tawaran daripada dana disokong kerajaan Jepun, demikian menurut laporan Nikkei pagi ini.

Foxconn, syarikat induk Hon Hai Precision Industry Co, mengatasi tawaran Innovation Network Corporation of Japan (INCJ) yang disokong kerajaan.

Harga saham Sharp menokok sehingga 5.8 peratus selepas laporan itu dikeluarkan.

Dibebani hutang dan kerugian kronik, lembaga pengarah pengeluar barangan elektronik pengguna berusia seabad itu harus memilih antara rancangan INCJ untuk menstruktur semula perniagaannya, atau mengekalkan operasi tetapi berada di bawah syarikat induk negara asing.

Kejayaan itu bermakna Foxconn, syarikat pemasangan utama iPhone milik Apple Inc itu, mengambil alih satu daripada pembekal terbesar skrin bagi telefon dan tablet.

Pengerusinya, Terry Gou sedang mencari peluang meluaskan bidang kuasa Foxconn, mengubahnya menjadi satu syarikat yang turut mengeluarkan komponen dan peranti elektronik utama. – Bloomberg

Sharp setuju tawaran AS$6.2 bilion Foxconn

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *