20omar.transformed_0.jpg

'Sheikh Buta' meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

OMAR Abdel-Rahman. – Foto Reuters

NEW YORK: Omar Abdel-Rahman, ulama yang dikenali sebagai ‘Sheikh Buta’ dan disabitkan dengan tuduhan konspirasi pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 1993 dan perancang ‘keganasan dalam bandar’ di Amerika Syarikat (AS), meninggal dunia di penjara North Carolina semalam, kata pihak berkuasa.

Seorang jurucakap, Greg Norton berkata, Abdel-Rahman, 78, meninggal dunia pada jam 9.40 pagi waktu tempatan di pusat perubatan dekat pekarangan penjara persekutuan di Butner, North Carolina.

“Ulama yang menghidap kencing manis dan masalah arteri koronari, dipenjarakan hampir 10 tahun,” kata Norton.

Terdahulu, anak ulama terbabit, Ammar berkata, keluarganya di Mesir menerima panggilan daripada wakil AS berhubung kematian bapanya.

Abdel-Rahman yang dilahirkan di sebuah perkampungan dekat Sungai Nil pada 3 Mei 1938, Mesir, kekal sebagai pemimpin kumpulan radikal walaupun selepas dipenjara lebih 20 tahun.

Beliau kehilangan penglihatan disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak kanak-kanak dan mempelajari al-Quran Braille.

Ulama buta ini dikaitkan dengan kumpulan fundamentalis Islam dan didakwa mengeluarkan fatwa yang menyebabkan pembunuhan Presiden Mesir, Anwar Sadat pada 1981.

Menurut ulama itu, ketika di dalam tahanan, beliau digantung kepala ke bawah, dipukul dengan kayu dan dikenakan kejutan elektrik. Kemudian beliau dibebaskan dan hidup dalam buangan sejak 1990.

Pada 1990, Abdel-Rahman ke New York selepas kedutaan AS di Sudan meluluskan visa pelancong, walaupun namanya dalam senarai individu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, malah mendapat status penduduk tetap pada 1991. – REUTERS

'Sheikh Buta' meninggal dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *