image282129.jpg

Sherry Al Hadad Belum Sempat Jumpa Amyra Rosli

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sherry Al Hadad nampaknya semakin mendapat tempat dalam bidang pengacaraan.

Terbaru Kakigosip difahamkan, Sherry telah dipilih untuk menggantikan tempat Amyra Rosli bagi program Muzik Muzik 32 atas faktor kesihatan.

“Dua minggu lepas Sherry gantikan sekejap untuk Amyra namun di atas alasan kesihatan untuk minggu seterusnya saya ditawarkan untuk menjadi hos tetap bagi rancangan tersebut.

“Pesan daripada Amyra tak ada sebab tak sempat lagi jumpa dia. Dan semuanya berlaku dalam sekelip mata. Jadi bila dah dapat tawaran ini sudah tentulah saya teruja dan pada masa sama saya gementar juga,” ujarnya

Menurut Sherry yang juga Adalah pengacara bagi rancangan Perang Bibir di TV9, berkata, dia cuba menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin, tambah pula pengacara-pengacara sebelum ini semuanya bagus-bagus.

“Bidang pengacaraan sebelum ini berbeza, kerana cabang baru ini bidangnya muzik. Oleh itu saya perlu banyakkan research mengenai muzik dan siapa Seniman undangan.

“Alhamdulillah digandingkan dengan Hefny banyak juga timba ilmu dengan dia, malah kami berdua pun cepat tangkap,” katanya.

Menyedari setiap program mempunyai pengikut dan penonton tersendiri, dia terbuka seandainya ada kritikan dan berharap agar kehadirannya diterima baik.

Ada baiknya juga Amyra pada waktu ini banyakkan berehat dan lebih tumpukan sepenuh perhatian terhadap kandungannya. Insya-Allah dah ada cahaya mata rezeki tentu mencurah-curah.

Sherry Al Hadad Belum Sempat Jumpa Amyra Rosli

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *