shimaanuar239.transformed.jpg

Shima Anuar kikis sikap penakut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON, Shima Anuar. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shima Anuar mengenepikan sikap penakut yang menebal dalam diri sebaik nekad menerima tawaran sebagai teraju utama dalam filem psiko thriller berjudul Hospital.

Shima berkata, dia mencabar diri dengan menerima watak yang belum pernah dilakonkan sebelum ini sekali gus diharap dapat membantunya berhadapan masalah gayat yang menjadi antara kelemahan utama.

“Saya menjayakan watak Erin iaitu seorang gadis psiko dan pada masa sama turut membawakan karektor hantu. Tanggungjawab ini Adalah cabaran terbesar kerana saya Adalah masalah gayat.

“Kalau ikutkan peranan individu yang mengalami tekanan jiwa baharu pertama kali saya bawakan dalam filem. Tak dinafikan agak cuak juga perasaan Bila perlu bergayut dan membalikkan badan dalam beberapa babak.

“Selain berhadapan dengan masalah gayat serta melakukan adegan lasak, saya bersyukur kerana Tak mengalami sebarang kecederaan sepanjang penggambaran. Biasalah luka dan calar sedikit saja,” katanya kepada BH Online.

Selain Shima, filem arahan Amiro Ghozali terbitan Meltrowealth International Group (MIG) dan KRU itu turut membariskan Nina Iskandar, Fizz Fairuz serta Fatin Afeefa.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nor Hashimah Anuar, 23, yang mula menceburi arena seni kira-kira dua tahun lalu itu pernah membintangi filem Sumpahan Kum Kum, 7 Petala Cinta dan Highland Tower.

Shima Anuar kikis sikap penakut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *