14895538_10210543163279073_470844423_o.transformed.jpg

Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHUK dan isteri.

ANAK sulung Shuk.

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuk (Balas), 30, mengakui cukup terharu dengan perjuangan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24, saat melahirkan anak pertama mereka, Ahad lalu.

Wanita terbabit selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, berkata pengalaman berada di sisi isteri tercinta ketika proses bersalin amat menginsafkan dirinya selain membuatkan beliau lebih menghargai suri di hatinya itu.

“Isteri mula sakit pada jam 4 pagi dan dia perlu berdepan dengan rasa sakit untuk bersalin dalam tempoh masa yang sangat lama.

“Saya turut berada di sisi sehinggalah pada penghujung proses melahirkan. Ketika itu, saya bagaikan memandang satu keajaiban, seperti menonton dokumentari di depan mata pula.

“memandang perjuangannya membuatkan saya lebih menghargainya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak perempuan kami yang diberi nama Nur Qurratu Ain,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Shuk memberitahu, seperti ibu bapa lain yang perlu bersengkang mata menjaga si kecil, beliau dan isteri kini turut melalui situasi sama.

Kata pelakon filem Adnan Sempit 2 itu, memandangkan beliau dan isteri belum berpengalaman dalam soal penjagaan anak, ibu mentuanya turut menghulurkan bantuan sambil mengajar mereka Tips menjaga bayi yang baru lahir.

“Walaupun setiap setengah jam anak menangis, pengalaman itu membuatkan saya begitu seronok.

“Ia juga pengalaman pertama saya memegang bayi yang baru lahir dan memang membuatkan saya amat teruja. Mujurlah ibu mentua banyak membantu dalam hal penjagaan si kecil,” ujarnya.

Shuk dan Rossalennah atau Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *