26bukti.transformed.jpg

Siasatan JAS tak temui bukti sabotaj

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bercakap kepada wartawan selepas taklimat Persediaan Banjir dan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dia bagunan sementara Parlimen. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Jabatan Alam Sekitar (JAS) Tak menemui bukti mengaitkan perbuatan sabotaj dengan pencemaran Sungai Semenyih seperti didakwa oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata siasatan JAS juga masih belum menemui punca pencemaran bau yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup buat kali kelima tahun ini.

Katanya, JAS masih meneruskan siasatan di sekitar kawasan itu dan menyeru Mohamed Azmin tampil mengemukakan bukti perbuatan sabotaj itu bagi membantu siasatan.

“Sehingga sekarang, kita Tak terima atau temui apa-apa (unsur sabotaj) dan kita pun belum kenal pasti jika ada kilang atau individu yang buat perkara ini. Kita tak ada bukti sebenarnya.

“Saya memandang tuduhan sabotaj itu sebagai perkara serius kerana jika benar, pesalah melakukan perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan berat, termasuk mengikut Akta Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA) kerana ia babitkan jutaan pengguna,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Pagi kelmarin, LRA Sungai Semenyih, Selangor, terpaksa ditutup buat kali ketiga dalam tempoh sebulan berikutan pencemaran bau air.

Mohamed Azmin mendakwa pencemaran bau di Sungai Semenyih itu Adalah perbuatan sabotaj pihak tertentu dan mengaitkannya dengan pilihan raya akan datang.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dalam kenyataan mendakwa punca pencemaran dari kawasan Nilai, Negeri Sembilan.

Wan Junaidi berkata, beliau sudah mengarahkan JAS untuk menjemput wakil Kerajaan Selangor untuk berbincang menyelesaikan masalah itu dan kini menunggu maklum balas pihak Mohamed Azmin.

Siasatan JAS tak temui bukti sabotaj

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *