14cbuk.transformed.jpg

Sibuk bukan alasan tak jenguk ibu bapa – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua yang bergelar anak supaya menjaga kebajikan dan menjenguk ibu bapa khususnya yang menjangkau usia walaupun sibuk dengan tugas harian.

Perdana Menteri berkata, kesibukan juga Tak boleh menjadi alasan bagi ibu bapa mengambil tahu perkembangan anak mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto BERNAMA

“Jadi saya ingin memperingatkan diri saya dan seluruh warga Malaysia bahawa kita dikurniakan keluarga bahagia dan sementara mereka semua masih ada, kita janganlah lepaskan peluang untuk bersama mereka sebanyak mungkin.

“Jikalau Tak dapat berjumpa, kita tetap berhubung melalui telefon, WhatsApp dan Skype,” katanya dalam rakaman Siaran Radio Perdana Menteri bertajuk ‘Ucapan Perdana Menteri mengenai hubungan kekeluargaan’ yang dimuat naik dalam blog NajibRazak.com, hari ini.

Sebagai Perdana Menteri, Najib menyifatkan rakyat sebagai keluarga besar yang perlu diberikan sepenuh perhatian.

Pada penghujung kehidupan seseorang, katanya, tiada sesiapa pun ingin meluangkan masa yang panjang di pejabat, sebaliknya mahu menghabiskan setiap saat bersama keluarga.

“Saya sangat bertuah kerana ibu saya dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Alhamdulillah. Anak-anak saya juga sudah dewasa dan ceria. Keluarga saya kekal bahagia,” katanya.

Sibuk bukan alasan tak jenguk ibu bapa – PM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *