Alibabag.transformed.jpg

Singapura beli saham Alibaba bernilai AS$1b

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DANA pelaburan kerajaan Singapura membeli saham dalam syarikat Alibaba bernilai AS$1 bilion (RM4.16 bilion) daripada SoftBank Group Corp, Jepun. – Foto Reuters

SINGAPURA: Dana pelaburan kerajaan Singapura membeli saham dalam syarikat e-perdagangan Alibaba Group Holding Ltd bernilai AS$1 bilion (RM4.16 bilion) daripada SoftBank Group Corp, Jepun.

SoftBank Group Corp Adalah pemegang saham terbesar Alibaba.

GIC Private Ltd dan Temasek Holdings masing-masing membeli saham Alibaba pada pertimbangan tunai AS$500 juta, mewakili AS$74.00 sesaham menerusi anak syarikat, kata Alibaba.

Pada masa sama, Alibaba turut membeli sahamnya sendiri bernilai AS$2 bilion juga pada harga sama, dalam satu langkah yang akan menambah kepada pendapatannya, kata Naib Pengerusi Eksekutif Joe Tsai kepada penganalisis.

Tambahan AS$400 juta saham lagi dibeli oleh eksekutif kanan Alibaba pada harga AS$74 sesaham, katanya.

SoftBank turut menawarkan AS$5.5 bilion dalam sekuriti hutang, yang boleh ditukar bagi saham Alibaba dalam tempoh tiga tahun, kata Tsai.

SoftBank Group sebelum ini berkata, ia akan menjual sekurang-kurangnya AS$7.9 bilion saham dalam Alibaba bagi mengurangkan hutang.

Syarikat itu berkata, ia akan kekal sebagai pemegang saham terbesar Alibaba selepas penjualan itu. – Reuters

Singapura beli saham Alibaba bernilai AS$1b

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *