aiman1.jpg_1479780536.jpg

Sisi matang Aiman

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Jika sebelum ini penyanyi Aiman Tino menghangatkan industri seni tanah air menerusi single sulungnya, Ku Rela Dibenci, kini dia hadir dengan buah tangan kedua berjudul Permata Cinta.

Permata Cinta Adalah karya komposer baru, Apit manakala liriknya oleh bapa Aiman, A.C.K.

Jika diamati, muziknya masih menampilkan elemen pop rock yang mudah melekat di hati.

Masih menampilkan muzik ala Gita popular sekitar awal 2000, ia pasti memenuhi harapan mereka yang dahagakan karya berentak sebegini.

Berbanding Ku Rela Dibenci, Permata Hati kedengaran lebih moden dan digarap dengan baik oleh komposernya bagi disesuaikan dengan vokal Aiman yang ada identiti sendiri.

Pada bahagian awal, pendengar dibuai dengan muzik ringkas sebelum disajikan dengan nada lebih keras pop rock yang juga menjadi Aliran kegemaran Aiman.

Permata Cinta bercerita mengenai lelaki yang masih mempertahankan cintanya walaupun tahu kekasihnya sudah ada pengganti.

Apa yang pasti, Permata Cinta menampilkan sisi matang Aiman sebagai penyanyi baru.

Aiman ketika ditemui baru-baru ini menganggap percubaan keduanya itu mungkin akan menarik minat pendengar yang mahukan karya lebih moden berbanding sebelum ini.

“Kali pertama dengar mungkin peminat akan mengatakan Permata Cinta Tak banyak beza dengan Ku Rela Dibenci. Namun, apa yang boleh saya katakan karya ini disuntik dengan melodi yang lebih moden,” katanya.

Dimuat naik ke laman YouTube bermula 8 November lalu,video lirik Permata Cinta sudah mencecah sejuta tontonan.

Itu Adalah satu kejayaan besar buat Aiman sekali gus membuktikan penyanyi ini mampu pergi jauh.

Sisi matang Aiman

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *