29liow.transformed.jpg

Sistem pengangkutan awam diaudit, jamin keselamatan pengguna

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. – Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan audit ke atas semua rangkaian sistem pengangkutan awam di negara ini bagi memastikan keselamatan pengguna, menjelang suku pertama tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata audit itu akan merangkumi pemeriksaan terhadap reka bentuk kenderaan, pembinaan, kelulusan serta prosedur pemeriksaan.

“Rekod simpanan oleh agensi berkaitan akan turut diaudit oleh kementerian.

“Audit berkenaan akan dilaksana dan dilaporkan pada suku pertama 2017,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, pihaknya kini dalam proses menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) seperti yang dicadangkan oleh Panel Penasihat Bebas.

“Saya sudah mengarahkan kementerian dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (MIROS) untuk memantau pelaksanaan serta cadangan yang digariskan oleh panel berkenaan.

“Kementerian akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai status laporan berhubung pelaksanaannya menerusi laman sesawang agensi berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sistem pengangkutan awam diaudit, jamin keselamatan pengguna

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *