20pes.transformed.jpg

Sistem PIES LRT Kelana Jaya pada tahap terbaik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Sistem keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang digunakan di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya berada pada tahap terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Masnizam Hisham berkata, sejak diperkenalkan pada 1998, sistem berkenaan mengesan 15 kes individu berada di atas trek termasuk kejadian hari ini.

“Kejadian hari ini Adalah kejadian pertama terdapat orang terjatuh di trek… lain-lain kes Adalah di mana terdapat individu turun untuk mengambil barang di trek.

Setakat ini, tiada kematian direkodkan akibat orang terjatuh di atas trek di LRT laluan Kelana Jaya,” katanya kepada pemberita selepas melawat seorang wanita hamil empat bulan yang tergelincir lalu terjatuh di atas trek di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, di Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya dalam proses memasang sistem PIES di stesen bawah tanah dan LRT Laluan Ampang serta Sri Petaling dan ia dijangka siap hujung tahun ini.

Sistem PIES berfungsi memberhentikan aliran elektrik pada sistem LRT sekiranya terdapat impak melebihi tujuh kilogram pada plat PIES di trek.

Sementara itu, Masnizam berkata, wanita berusia 26 tahun yang tergelincir sebelum terjatuh di atas trek itu hanya cedera ringan dan dilaporkan stabil.

Katanya, penumpang dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mengikut arahan keselamatan yang ditetapkan ketika berada di platform.

“Orang ramai Tak kira wanita mengandung atau sesiapa sahaja perlu berdiri di belakang garisan kuning sebelum menaiki tren,” katanya. – BERNAMA

Sistem PIES LRT Kelana Jaya pada tahap terbaik

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *