nafijuara.transformed.jpg

Skuasy Lelaki Dunia: Mohd Nafiizwan buat kejutan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JUARA kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan.

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia selepas Menciptakan kejutan menewaskan pemain nombor tiga dunia, Omar Mosaad di Kaherah, Mesir, lewat Sabtu waktu tempatan (awal pagi Ahad waktu Malaysia).

Pemain negara yang menduduki ranking 33 dunia, menundukkan wakil tuan rumah itu dalam pertarungan maraton pusingan kedua yang berlangsung selama 102 minit, dengan 6-11, 11-8, 12-10, 1-11, 12-10 di Kelab Wadi Degla.

Mohd Nafiizwan berkata beliau Tak menyangka mampu menewaskan pemain tinggi lampai dari Mesir itu.

“Beliau banyak mengutip mata hasil kesilapan saya sendiri. Jadi, semuanya bergantung kepada disiplin permainan saya. Itulah yang saya usahakan bersama (jurulatih) Peter Genever dan James Simpson, penganalisis video kami.

“Bertenang, itu kata mereka kepada saya. Ternyata mereka betul,” katanya seperti dilaporkan dalam laman web rasmi kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.

“Saya hanya mengingatkan diri untuk menikmati permainan saya. Memang saya menikmatinya ketika ini…tuah jelas memihak kepada saya.

“Sepanjang perlawanan saya hanya memikirkan ia mungkin perlawanan terakhir saya di kejohanan ini, jadi saya perlu berusaha 100 peratus,” kata pemain yang berpangkalan di Manchester, England itu.

Di pusingan ketiga, Mohd Nafiizwan akan menentang seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouky selepas pilihan ke-15 itu menundukkan Gregoire Marche dari Perancis 13-11, 11-5, 8-11, 11-9 dalam satu lagi aksi pusingan kedua. – BERNAMA

Skuasy Lelaki Dunia: Mohd Nafiizwan buat kejutan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *