vesvespa02.transformed.jpg

Skuter klasik berjiwa muda

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar sah jenama Vespa di Malaysia, baru-baru ini melancarkan skuter terbarunya, Vespa GTS Super 2018.

Vespa GTS Super 2018 baharu itu merangkumi reka bentuk sporty yang klasik daripada koleksi legenda Vespa dan dikatakan akan menjadi kenderaan jenama Itali paling dinamik, termasuk dari segi gaya dan kuasanya.

Bukan sahaja ia menggabungkan elemen sporty dan prestasi yang mantap, jentera baharu itu juga menekankan karakter sporty dan sifat muda yang mana ia sesuai dengan suasana dan gaya di Malaysia.

Dikuasakan enjin Quasar 300cc penyejuk cecair, skuter terbaru itu mampu menghamburkan kuasa 21.2 hp pada 7,750 rpm dan tork maksimum 22Nm pada 5,000 rpm.

Enjin silinder tunggal berkuasa dimilikinya turut menjamin tindak balas pendikit yang pantas serta prestasi mantap, dan sesuai untuk mengharungi keadaan trafik di bandar.

Kawalan optimum

Meletakkan keselamatan sebagai keutamaan, Vespa GTS Super 300 2018 juga didatangkan dengan Sistem Brek Antikunci (ABS) pada kedua-dua tayar depan dan belakang, supaya kawalan roda yang lebih optimal.

Dipadankan dengan kawalan cengkaman (ASR), ia turut meningkatkan keyakinan penunggang untuk mengawal skuter itu dengan lebih mudah.

Bagi memastikan karakter dan cirinya sebagai klasik Vespa, ia juga dilengkapi sistem lampu baharu dengan teknologi LED pada lampu utamanya yang dihubungkan pada lampu isyaratnya untuk menampilkan reka bentuk depan yang lebih kemas.

Vespa GTS Super 300 itu dijual pada harga RM25,000 (Tak termasuk insurans) dan ditawarkan menerusi empat warna iaitu Monte Bianco (putih), Verde Speranza (hijau), Grigio Titianio (hitam) dan Giallo Gelosia (kuning).

Selain itu, skuter terbabit turut dilengkapi immobiliser anticuri yang berfungsi dengan mengunci kawalan unit enjin selepas kunci dialihkan.

VESPA GTS Super 2018 dijual pada harga RM25,000 dan ditawarkan menerusi empat warna.

INFO
Vespa GTS Super 300 2018

  • Enjin Quasar 300cc penyejuk cecair
  • 21.2 hp pada 7,750 rpm dan tork maksimum 22Nm pada 5,000 rpm.
  • Dilengkapi ABS dan ASR
  • Warna: Monte Bianco (putih), Verde Speranza (hijau), Grigio Titianio (hitam) dan Giallo Gelosia (kuning)

Skuter klasik berjiwa muda

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *