bid.transformed.jpg

SME Bank perkenal BID-it

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan (kanan) menyampaikan sijil kepada Wan Mohd Azizul Wan Solehin (tiga kiri) sambil diperhatikan Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus (dua kanan) dan peserta lain selepas melancarkan ‘Busines in Digital-It SME Bank’ di Kuala Lumpur. – Foto Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR: SME Bank Bhd meneruskan komitmennya melahirkan lebih ramai usahawan pemula, terutama daripada kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menceburi keusahawanan digital, sekali gus melahirkan e-perniagaan bertaraf Dunia.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Razif Mohd Yunus, berkata sejak tahun 2015, SME Bank sudah meluluskan pembiayaan e-perniagaan kepada 89 syarikat membabitkan pembiayaan berjumlah RM11.6 juta.

“Semua syarikat itu dibantu kerana dilihat berpotensi untuk berkembang dan menerusi pembiayaan yang diberi, ia berupaya membantu perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada majlis pelancaran BID-it, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Bagi meneruskan komitmen itu, Razif berkata, SME Bank mengambil inisiatif melancarkan program terbaharunya, Program Permulaan Perniagaan Dalam Digital SME Bank (BID-it), khusus bagi membantu usahawan terutama generasi muda mendapatkan pembiayaan serta khidmat bimbingan dengan lebih teratur.

Beliau berkata, menerusi BID-it, ia juga memberi peluang kepada usahawan inovatif dan kreatif mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih Dunia menerusi penggunaan teknologi digital.

“Melalui BID-it, usahawan boleh mengubah idea kreatif kepada e-perniagaan yang mempunyai potensi lebih tinggi untuk berkembang.

“Ia juga bertujuan menyebarkan usaha perniagaan baharu dan inovatif yang menggabungkan pendigitalan serta transaksi merentasi sempadan melalui teknologi serta e-perniagaan,” katanya.

Razif menambah, bagi menjadikan program lebih komprehensif dan meliputi semua aspek bidang digital, SME Bank bekerjasama dengan sembilan organisasi berwibawa – Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle); Pusat Penemuan dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Ia juga membabitkan Microsoft; Yayasan Usahawan Baru (myNEF); Payoneer, Dewan Perniagaan Usahawan Siber Malaysia (DPSUM); RAVe Ventures Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

BID-it bermula dengan kempen kesedaran yang diadakan di 11 lokasi seluruh negara pada Mac dan April lalu, yang mana dan ia disertai lebih 1,300 peserta.

Bank menerima 163 idea perniagaan dan panel penilai hanya memilih 72 idea perniagaan yang berpotensi.

Daripada jumlah itu, 20 peserta dipilih dan akan diberi latihan serta menyertai program ‘hand-holding’ berstruktur oleh SME Bank yang diadakan dalam tempoh 12 Sampai 24 bulan.

INFO:

– BID-it Adalah platform usahawan untuk mendapatkan bimbingan dan pembiayaan.

– Pada tahun 2005 Sampai Disember 2016, SME Bank meluluskan pembiayaan berjumlah RM26 bilion kepada lebih 15,000 pelanggan.

– Melalui program ‘Upward Migration SME Bank’, lebih 800 usahawan PKS berjaya mempertingkatkan perniagaan masing-masing ke tahap lebih tinggi.

SME Bank perkenal BID-it

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *