balung32.transformed.jpg

SMK Balung dibuka semula esok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KERJA mengalihkan bangkai helikopter dilakukan petang tadi dengan menggunakan sebuah kren. – Foto Abdul Rahemang Taiming

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, yang terlibat dengan insiden pendaratan cemas helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, akan dibuka esok, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

“Sekolah itu dibuka esok, selepas ditutup semalam dan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 200 Tahun Pendidikan bahasa Tamil di Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 9.05 pagi itu, sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung.

“Semua pelajar yang cedera juga telah dibenarkan pulang dari hospital hari ini,” katanya sambil menambah insiden itu turut menjejaskan pusat kemahiran hidup sekolah.

Dalam perkembangan lain, mengenai isu pelajar yang mengalami masalah kesihatan serius setelah didakwa meminum susu di sekolahnya, Kamalanathan berkata perkara itu Tak benar.

“Siasatan telah dibuat dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah memaklumkan bahawa perkara itu Tak betul dan kemungkinan ia berpunca daripada komplikasi kesihatan lain.

“Isu pelajar itu tiada kena-mengena dengan susu 1Malaysia yang dibekalkan ke sekolah,” katanya.

Sebelum ini, Saziila Anuar, 12, dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Segamat pada 27 Julai lalu kerana mengalami demam serta sakit perut selepas meminum susu yang diberikan pihak sekolahnya.

Dia yang dirawat di hospital kemudiannya telah koma dan sebaik sedar didapati sebahagian kaki dan tangannya menjadi kehitaman seperti terbakar Sampai doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki kirinya. – BERNAMA

SMK Balung dibuka semula esok

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *