Song_Joong_Ki_Song_Hye_Kyo_ViuTV_.jpg

"SongSong Couple" Kahwin 31 Oktober Depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Selepas beredar gosip mengenai hubungan cinta mereka sejak setahun lalu, akhirnya pelakon popular Song Joong Ki dan aktres jelita Song Hye Kyo disahkan Akan melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober 2017.

Wakil dari kedua-dua agensi pengurusan masing-masing mengesahkan berita itu dan menyatakan,

“Oleh kerana perkahwinan Tak begitu mudah tetapi melibatkan keluarga, kami sangat berhati-hati dengan segala-galanya – ini Adalah masa yang sangat sensitif dan signifikan dalam kehidupan setiap orang dan itu antara sebab kenapa kami memberi kenyataan ini sekarang, dan berharap semua orang memahami dan kami ingin meminta semua mendoakan untuk masa depan yang indah bagi pasangan ini”, umum agensi.

Song Joong Ki, 31, dan Song Hye Kyo, 35, berjumpa dan dikatakan mula menjalin hubungan asmara ketika mereka membintangi drama Kenyataan Korea, Decendents of The Sun. Pasangan ideal juga terkenal dengan gelaran yang diberikan peminat, sebagai “SongSong Couple”.

..

Mereka dikatakan telah sama-sama pergi bercuti ke Bali Indonesia, baru-baru ini.

Sementara itu laporan media Korea menyebut, berita tarikh perkahwinan pasangan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya memandangkan pengumumannya dibuat secara mengejut. Timbul spekulasi sebab pengumuman tersebut segera dibuat kerana Song Hye Kyo di dakwa kini hamil.

Bagaimanapun wakil UAA (United Artist Agency) memberi respon, “Semestinya Tak” (merujuk kepada gosip Song Hye Kyo hamil).

Ketika ditanya adakah kedua-dua selebriti ini mula bercinta sejak membintangi ‘Descendants of the Sun’, agensi memberi jawapan, “Kami Tak tahu”.

"SongSong Couple" Kahwin 31 Oktober Depan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *