larois22.transformed.jpg

Speedy Jantan kembali berlatih bulan depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BAGAN SERAI: Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan yang baharu pulih dari masalah kecederaan akan kembali memulakan sesi latihan pada bulan depan bagi menghadapi dua temasya sukan besar pada 2018.

Temasya berkenaan Adalah Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Indonesia.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan dalam masa sama mengharapkan sokongan padu rakyat Malaysia bagi membolehkan saya terus mencipta nama di persada dunia,” katanya.

Beliau yang diberi jolokan The Speedy Jantan berkata demikian ketika ditemui pada Program Pembangunan Balapan melalui Klinik Acara Pecut anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kerian (PPD) di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, di sini hari ini.

PELAJAR dan guru teruja memandang latihan sebenar atlet balapan negara yang ditunjukkan didalam Klinik Acara Pecut yang diadakan di Dalam Dewan Dato Zainal Abidin Zain. – Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Kira-kira 200 guru dan pelajar daerah ini menyertai program berkenaan yang turut dikendalikan oleh jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim.

Khairul Hafiz yang juga anak kelahiran Melaka dan berusia 19 tahun, mencipta nama sebagai pelari terpantas Asia Tenggara selepas memenangi pingat emas 100m pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kejayaannya itu sekali gus menamatkan kemarau selama 14 tahun negara bagi acara berkenaan.

Khairul Hafiz terpaksa menjalani rawatan kecederaan pada otot paha kanan selama sebulan selepas kemenangan itu.

Sementara itu, Mohd Poad berkata, program klinik acara pecut itu Adalah yang pertama diadakan pihaknya selepas tamat temasya KL2017, baru-baru ini.

“Langkah PPD Kerian menganjurkan program pembangunan balapan melalui klinik ini satu langkah bijak dalam melahirkan lebih ramai Akan atlit lari pecut negara.

“Seseorang atlit berkualiti Tak akan lahir sekiranya Tak dididik dari peringkat akar umbi. Pada program hari ini, kami menunjukkan pelbagai bentuk latihan sebenar yang dilakukan beberapa atlit pecut negara,” katanya.

Speedy Jantan kembali berlatih bulan depan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *