97d616b6797719ff5ee795c42dbba371.jpeg

SPRM jawab Dr M: Kertas siasatan Musa diserah pada Gani

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menjawab kenyataan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai mengapa bekas ketua menteri Sabah Musa Aman Tak didakwa sebelum ini.

Ini selepas Mahathir mempersoalkan keperluan suruhanjaya itu mendesak bekas peguam negara Gani Patail memberi penjelasan mengapa Musa Tak didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

“SPRM telah menjalankan siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk Tak meneruskan pendakwaan memandangkan kerana siasatan tertumpu kepada sumbangan politik.

“Dasar Pejabat Peguam Negara pada ketika itu telah menetapkan untuk Tak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, SPRM berkata pihaknya telah mengkaji semula kertas siasatan terhadap Musa beberapa bulan lalu setelah memperoleh maklumat baharu berhubung kes tersebut.

“SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji semula. 

“Peguam Negara kemudiannya memutuskan bahawa Musa berhadapan 35 pertuduhan kes rasuah di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Terdahulu, Mahathir semalam berkata beliau Tak memandang wujud keperluan untuk SPRM mendesak Gani untuk memberi penjelasan.

Sebaliknya kata perdana menteri pihak yang ‘berhutang’ untuk memberi penjelasan mengapan Musa Tak didakwa sebelum ini ialah SPRM sendiri.

Pada 5 Nov lalu Musa yang juga wakil rakyat Sibuga didakwa atas 35 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kesemua tuduhan itu melibatkan dana berjumlah kira-kira RM263 juta.

Beliau bagaimanapun mengaku Tak bersalah dan minta dibicarakan.

Pada hari yang sama bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram menyatakan rasa hairan Bila Musa Tak didakwa lebih awal selepas pemimpin Umno itu disiasat atas tuduhan rasuah dan ada bukti mencukupi.

SPRM jawab Dr M: Kertas siasatan Musa diserah pada Gani

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *