11twit.transformed_1.jpg

STING gempur sindiket proses syabu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Akaun Twitter rasmi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang terbabit dalam sindiket memproses dadah jenis syabu di Johor Bahru.

Serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) itu turut merampas dadah jenis ketamin dan kokain serta tiga pucuk pistol.

Kejayaan tangkapan itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya, sebentar tadi.

“Syabas STING @PDRMsia tkap 8 Pakar Sindiket proses Syabu di J Bharu dan rampas Syabu, Ketamine, Cocaine bersama 3 pucuk pistol. #GoPDRMGo,” katanya.

Khalid turut memuat naik dua keping gambar berkaitan tangkapan itu.

Gambar pertama menunjukkan antara pistol yang berjaya ditemui dalam serbuan terbabit manakala gambar kedua menunjukkan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

STING gempur sindiket proses syabu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *