1483706837_image28129.PNG

Suami Datin Nina Juren Larang Berlakon Adegan Dalam Bilik Atau Baring Atas Katil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bila anak semakin meningkat dewasa, tugas ibu bapa sebenarnya lebih mencabar.  Ini diakui oleh pelakon popular Datin Nina Juren iaitu ibu kepada enam cahaya mata ini.

“Sebenarnya bila anak-anak dah besar, kita kena bagi lebih perhatian. Ini disebabkan mereka sudah pandai keluar rumah, dah pandai berkawan, malah pergaulan pun akan jadi lain juga. Kalau sewaktu kecil kita hanya pastikan anak-anak pandai jalan, membaca dan bercakap sopan dengan orang lebih dewasa.

“Jadi bila dah dewasa ni kita kena tahu mereka keluar dan Berteman dengan siapa? Tips pemakaian macam mana? Dan balik ke rumah pukul berapa?,” ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Nina juga akan pastikan dia dapat izin suami  terlebih dahulu untuk berlakon. Malahan suami Nina ada memberi nasihat agar elakkan babak berlakon yang kurang manis jika ditonton.

“Suami saya selalu memandang saya berlakon dan dia juga  memberi izin untuk saya berlakon semula. Tetapi jangan berlakon yang ada aksi-aksi di dalam bilik ataupun baring-baring atas katil.

“Tetapi saya beritahu juga, dek kerana faktor usia, watak yang dapat selalunya jadi mak-mak saja. Dah tak ada babak dengan hero dah,” katanya sambil berseloroh.

Terang Nina Juren yang ditemui pada sidang media Teater Dia Semanis Honey Muzikal di Istana Budaya.

Suami Datin Nina Juren Larang Berlakon Adegan Dalam Bilik Atau Baring Atas Katil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *