Sudah Kahwin Senyap-Senyap

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bintang sensasi dan kontroversi, Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Liam Hemsworth secara rahsia baru-baru ini.

Aceshowbiz melaporkan penyanyi itu dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manis tangan kirinya ketika keluar Santap malam bersama Liam di Malibu.

Pasangan itu dilihat berpegangan tangan dan ceria walaupun kehadiran mereka dikerumuni oleh paparazi yang mengejar mereka.

Malah Miley turut membatalkan kehadirannya pada Anugerah MTV yang berlangsung pada malam Ahad lalu dipercayai ingin mengelak daripada ditanya mengenai berita perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun pasangan itu enggan mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu.

Sudah Kahwin Senyap-Senyap

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *