11ibra.transformed_0.jpg

Sultan Johor cadang hidupkan semula JVF

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar membalas tabik hormat ketika perarakan panji-panji JMF yang baru ketika Istiadat Pertukaran Panji-panji Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Dataran Istana Besar, Johor Bahru. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan semula Pasukan Kesukarelawanan Johor (JVF) bagi menambah kecekapan dan meningkatkan disiplin serta integriti pegawai dan kakitangan kerajaan.

Sultan Ibrahim bertitah, JVF yang ditubuhkan pada tahun 1935, juga dapat menghidupkan semangat sukarelawan bangsa Johor dalam mempertahankan kedaulatan institusi Diraja, perpaduan dan kemakmuran Johor.

Titah baginda, JVF akan dibuka keahlian kepada semua rakyat Johor tanpa mengira kaum atau keturunan berdasarkan kelayakan dan kriteria yang akan ditetapkan.

“Anggota JVF juga akan diberikan latihan asas dengan mengikuti aktiviti ketenteraan bersama Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor.

“Mereka akan berkhidmat secara sukarela bagi membantu kerajaan negeri dalam bidang pertahanan awam dan apa juga program yang bersesuaian, terutama dalam Menyodorkan bantuan ketika bencana serta khidmat masyarakat,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji Askar TSN Johor di Dataran Istana Besar di sini, hari ini.

Sultan Johor cadang hidupkan semula JVF

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *