swisre.jpg.transformed.jpg

Swiss Re buka pejabat di Kuala Lumpur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SINGAPURA: Swiss Re Corporate Solutions (Swiss Re) membuka pejabat baharu di Kuala Lumpur dan akan memulakan operasinya pada 1 Mac 2017.

Ia beroperasi di bawah lesen insurans semula Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan akan tertumpu untuk menyediakan kepada perniagaan bersaiz besar dan sederhana Malaysia menerusi rakan kongsi pembrokeran dan perantara.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifiknya, Fred Kleiterp dalam satu kenyataan berkata Malaysia Adalah fokus utama bagi syarikat itu dan pembukaan operasi di Malaysia akan membolehkan Swiss Re bekerjasama lebih rapat dengan pasaran.

“Kami akan menggunakan kapasiti besar kami dan kekuatan kewangan Swiss Re Group untuk menyediakan penyelesaian insurans semula tradisional dan khusus kepada perbadanan dalam beberapa industri, termasuk minyak dan gas, pembuatan, pertanian, marin, penerbangan dan pembinaan,” kata Kleiterp.

Pasukan di Kuala Lumpur akan diketuai Juerg Stoll, pegawai berpengalaman Swiss Re, yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam industri.

Beliau akan melapor kepada Jonathan Rake, Ketua Asia Tenggara di Swiss Re.

Sementara itu, Stoll berkata, beliau dipertanggungjawabkan membangunkan operasi yang bertahan lama di Malaysia dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan modal yang boleh dipercayai.

“Saya juga teruja mendapat peluang mengukuhkan lagi jenama unik kami di Malaysia,” katanya.

Swiss Re menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan broker di Asia Pasifik dari 11 pejabat di enam negara, iaitu Australia, China, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Singapura.

Syarikat itu menawarkan kapasiti insurans inovatif dan berkualiti tinggi kepada syarikat multinasional bersaiz sederhana dan besar di seluruh dunia. – BERNAMA

Swiss Re buka pejabat di Kuala Lumpur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *