tol2_1534410523.jpg

Syafeek cari dana ke Paris

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI Syafeek Ikhwan, 30, kini mencari dana sokongan sebagai persiapan mewakili Malaysia ke pertandingan akhir i-Sing yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada September depan.

Dana itu bertujuan menampung kos penyusunan muzik baru, penggunaan studio dan latihan.

“Insya-Allah, saya akan ke Paris bulan depan demi mengharumkan nama Malaysia dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM40,000 (USD10,000).

“Pihak penganjur menyediakan tiket penerbangan dan penginapan di sana. Bagaimanapun beberapa kos lain seperti susunan muzik Gita dipertandingkan, sewaan studio latihan untuk berbelas sesi dan kos lain, semua memerlukan duit,” katanya.

Penyanyi dikenali melalui Gita Teka Teki dan Tanpa Arah tahun lalu berkata, dia masih berusaha mendapatkan dana daripada syarikat swasta atau agensi kerajaan sudi menaja.

Syafeek menjuarai i-Sing Malaysia 2018 pada 30 Julai lalu dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Finalis Juara Pujaan 2015 itu turut akan berentap bersama wakil daripada 40 buah negara antarabangsa yang dijadualkan berlangsung bermula 18 Sampai 23 September depan.

Syafeek cari dana ke Paris

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *