203_1534814606.jpg

Syafiq Kyle 'control macho' demi Gol & Gincu 2

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syafiq Kyle akur, Tak mudah untuk mengekalkan penampilan kemas dan kacak sepanjang menjayakan filem, Gol & Gincu 2.

Syafiq, 26, berkata, dia menyahut cabaran yang diberikan pihak produksi bagi memastikan watak utama itu dijayakan sebaik mungkin.

“Bukan mudah sebenarnya kerana saya harus sentiasa memastikan penampilan dijaga, sekalipun ketika berada di bawah panas. Saya juga terpaksa membataskan pergerakan supaya Tak banyak berpeluh.

“Selain itu, rambut saya turut didandan rapi dan perlu mencapai piawaian mengikut gaya K-Pop sepanjang penggambaran. Dalam filem itu, saya menggantikan watak Ashraf Sinclair sebagai teraju produksi terdahulu,” katanya.

Selain Syafiq, Gol & Gincu 2 turut menampilkan Ummi Nazeera, Sazzy Falak, Datin Diana Danielle dan Aedy Ashraf sebagai pelakon utama.

SYAFIQ Kyle. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

Karya sulung arahan Umi Salwana Omar itu dijangka memasuki pawagam bermula 25 Oktober depan.

Mengulas mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus, Syafiq berkata, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram berbanding awal kemunculan dalam bidang seni.

“Saya aktif bermain bola sepak bersama rakan Seniman, selain menaja pasukan bola sepak, Challo yang saya tubuhkan selama setahun.

“Saya memang aktif beriadah, terutama bermain bola sepak untuk mengekalkan stamina. Saya meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu jika Tak terikat dengan komitmen kerjaya,” kata Syafiq.

Syafiq Kyle 'control macho' demi Gol & Gincu 2

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *