bhotad11-0_BHfield_image_listing_featured.var_1539234072.jpg

Tadbir urus pengawalseliaan berkesan jamin ekonomi mantap, berdaya saing

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus memberi fokus kepada pembaharuan struktur ekonomi bagi memastikan produktiviti Malaysia terus berkembang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata bagi mencapai matlamat itu, kerangka kerja persaingan di negara ini perlu mantap melalui infrastruktur tadbir urus pengawalseliaan yang berkesan.

Beliau berkata, sistem tadbir urus pengawalseliaan yang mantap, bertanggungjawab dan telus Adalah aspek penting dalam mengekalkan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan bagi menghadapi perubahan pasaran yang begitu pesat.

“Seperti yang dijanjikan pada Buku Harapan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) akan diberikan lebih kuasa dan peruntukan bagi menjalankan kajian komprehensif mengenai beban peraturan yang dihadapi industri.

“Bila masalah ini dikenal pasti, proses dan prosedur boleh dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap merasmikan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Amalan Pengawalseliaan Baik (GRP) 2018 di Putrajaya. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak dan penerima-penerima anugerah selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Amalan Pengawalseliaan Baik (GRP) 2018 di Putrajaya. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Konvensyen Kebangsaan Mengenai Pengawaselian Baik (GRP) 2018 di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Isham Ishak dan Pengerusi MPC, Tan Sri Azman Hashim.

Dr Wan Azizah berkata, satu lagi pencapaian penting dalam mengukuhkan GRP Adalah dengan mewujudkan mekanisme pembabitan pembangunan dasar yang inovatif bagi penggunaan teknologi baru.

“Penambahbaikan dalam perundingan awam dan pembabitan rakyat merentasi kitaran pengawalseliaan untuk capaian yang lebih luas kepada pihak berkepentingan dan yang terbabit akan meningkatkan ketelusan, keterangkuman serta kepercayaan dalam proses Menciptakan peraturan kerajaan,” katanya.

Tadbir urus pengawalseliaan berkesan jamin ekonomi mantap, berdaya saing

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *