image281729.jpg

Tajul, Wany Hasrita hubungan profesional

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAMPIL dengan single terbaharu berjudul ‘Hasrita’, pelantun popular menerusi Gita ‘Melamar Rindu’ sudah menjangkakan akan dikecam netizen.

Tajul Ariff atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Shari, 19, bagaimanapun berkata dia hanya melaksanakan tugas kerja yang diberikan oleh pihak syarikat rakamannya.

“Sebenarnya tajuk single terbaharu itu bukan saya yang pilih ataupun letak. Ia Adalah daripada komposer dan pihak FMC sendiri yang mana saya anggap sebagai kerja dan laksanakan.

“Saya dah bersedia awal-awal kalau keluar mesti orang akan kecam saya terhegeh-hegeh dekat Wany Hasrita.

“Saya harap mereka yang kecam saya faham dan buka mata lihat sendiri di YouTube siapa komposer dan pencipta lirik. Jika nama saya, mereka boleh cakap Tajul ada hati dekat Wany,” katanya.

Jelasnya lagi, hubungan mereka profesional dan saling bekerjasama.

“Saya hanya menganggap Wany sebagai rakan kerja dan saya akui selesa bila dengan Wany. Kalau ada kekurangan pada saya dia akan tegur untuk perbaiki, begitu juga saya menegur Wany,” ujarnya

Tajul, Wany Hasrita hubungan profesional

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *