marauitm-logo.jpg.transformed.jpg

Tak dapat maklumat isu MARA, UiTM – Dr Mahathir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau Tak mendapat sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa entiti yang dikhususkan untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera akan dibuka kepada bukan Bumiputera.

Entiti berkenaan Adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, berita mengenal hal itu hanya diketahui daripada pertanyaan pengamal media pada sidang media, petang tadi.

Bagaimanapun, dakwaan itu akan diperjelaskan jika beliau memperoleh maklumat terperinci.

“Saya Tak tahu. Saya dengar daripada awak sahaja (pemberita) sahaja.

“Kalau saya terima maklumat, tanya saya balik,” katanya ringkas.

Beliau mengulas mengenai artikel yang disiarkan di www.abuleman.blogspot.com yang mendakwa Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, dalam pertemuan bersama dengan pegawai kanan MARA menyatakan hasratnya mahu membuka MARA untuk semua kaum di Malaysia selepas melawat Ibu Pejabat MARA, baru-baru ini.

Artikel yang memetik sumber itu menyatakan yang Sivarasa mahu menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Memetik laporan dalam artikel itu, menurut sumber, Sivarasa juga diamanahkan untuk menjaga kepentingan MARA yang sepatutnya dijaga oleh orang Melayu.

Tak dapat maklumat isu MARA, UiTM – Dr Mahathir

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *