7406a10324c3c8fcbc17cc2600f39065.jpeg

‘Tak lama lagi dah 95 tahun, mana boleh tahan’

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau akan berundur selepas November tahun ini.

“Saya dengar cerita macam-macam, nak suruh saya kekal 22 tahun lagi.

“Saya sudah 94 tahun.

“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan.

“Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya. 

“Saya Tak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan,” katanya,” katanya.

Ditanya pemberita berkaitan dakwaan terdapat 138 anggota parlimen menyokongnya untuk menghabiskan penggal, Mahathir berseloroh bahawa terdapat juga orang yang mahu beliau menjadi perdana menteri untuk 20 tahun lagi.

“Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti (dalam Parlimen), macam mana boleh dapat angka 138, yang itu orang lain punya kerja, saya Tak tahu (bagaimana) mereka boleh buat macam itu. Maknanya PH mesti sokong lah (baru boleh) dapat angka macam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah Fasa 2: Villa Sirehan dan melawat ke tapak projek 1: Rebungan Resort Langkawi di Ulu Melaka, di Langkawi, hari ini.

Ditanya soalan jika isu peralihan kuasa perlu diberikan titik noktah, Dr Mahathir menjawab perkara tersebut terus dilaporkan kerana menjadi fokus media.

“Ini press (media) la, press seronok sangat (Menciptakan laporan mengenai peralihan kuasa), kalau ada kontroversi baru ada cerita. Jadi bagi press, saya dengan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim bertumbuk apa semua, lagi seronok cerita,” katanya.

Perdana menteri juga ditanya tentang sikap beberapa pemimpin PH yang selalu mengeluarkan kenyataan mengenai isu peralihan kuasa.

Jawab Dr Mahathir, ia terjadi kerana pihak media yang Getol bertanyakan soalan itu kepada mereka.

“Pemimpin Pakatan Harapan buat kenyataan (berkaitan peralihan kuasa perdana menteri) sebab ditanya (oleh media), kalau tak tanya Tak ada kenyataan,” katanya.

Pakatan Harapan bersetuju memilih Anwar sebagai pengganti Mahathir tetapi tarikh tepatnya Tak ditetapkan.

Semalam, Anwar selepas berjumpa perdana menteri berkata Dr Mahathir Tak terlibat dengan usaha memujuk anggota parlimen menyediakan akuan berkanun (SD) bagi menyokong kepimpinannya sehingga habis penggal.

Sarawak Report minggu ini mendakwa anggota parlimen Umno, PAS, Bersatu dan PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali digesa datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong kepimpinan Mahathir sehingga habis penggal.

Memetik sumber, laman pembocor maklumat itu melaporkan mereka diminta berbuat demikian dalam tempoh 48 jam.

Sarawak Report juga memetik “khabar Bayu” bahawa ia akan dibawa untuk sokongan Yang di-Pertuan Agong jika berjaya memperoleh bilangan cukup.

Dalam kenyataan petang semalam, Anwar juga berkata beliau cenderung agar Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hujung tahun ini.

Dr Mahathir telah berulang kali berkata beliau akan menunaikan janjinya, pada Disember lalu, perdana menteri membayangkan ia akan berlaku selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November tahun ini.

‘Tak lama lagi dah 95 tahun, mana boleh tahan’

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail