1523965472_image.jpg

‘Tak perlu nak menang anugerah, baru nak lepak dengan fans’

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAWAK dan pengacara popular, Nabil Ahmad memberitahu, dia bukan selebriti yang mengejar anugerah.

Bagaimanapun tegas Nabil, dia menghargai setiap anugerah yang diterimanya sebelum ini.

“Tak dinafikan, sebelum ini saya ada cakap, dah lama tak menang award dan sebagainya. Saya kata saya tunggu, Akan Tetapi sebenarnya tak tunggu.

“Saya cakap sebab saya rasa itu kelakar.

“Kalau orang tengok Instagram saya, tak pernah saya promo untuk orang undi saya,” jelasnya.

Tambah Nabil, dia juga Tak mahu orang melihatnya sebagai selebriti yang memenangi anugerah, tetapi memandang kerana hasil kerjanya.

“Terus terang, betul-betul bekerja untuk industri. Kalau orang vote saya, mungkin kerana mereka nampak hasil kerja saya.

“Bagi saya, tak perlu nak menang anugerah baru nak beri hasil terbaik, baru nak lepak dengan fans dan untuk fans saya, mereka nampak semua itu,” katanya mengulas kemenangan sebagai Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya, Nabil berkata dia kini dalam peringkat pre production untuk menyiapkan filem pertama terbitannya, Unwanted.

Ujarnya, dia berharap penggambaran filem tersebut akan bermula pada Februari tahun hadapan.

‘Tak perlu nak menang anugerah, baru nak lepak dengan fans’

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *