WhatsApp_Image_2017-05-21_at_9.54.09_PM.jpeg.transformed.jpg

Tambah baik kandungan berita, tarik pembaca

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENAUNG PAMUP, Datuk Seri Azman Ujang menyampaikan replika cek pampasan insuran kepada wakil Keluarga Shanti, Laneswaran A/L Nadarajah Lingam(kanan) pada majlis Santap malam PAMUP keempat, di Kuala Lumpur. – Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengedar Aliran Media Utama dan Penerbitan Kuala Lumpur/Selangor (PAMUP) meminta syarikat penerbitan akhbar menambah baik kandungan berita dalam akhbar.

Langkah itu mampu menarik orang ramai untuk membeli akhbar, sekali gus meningkatkan pendapatan pengedar surat khabar di negara ini.

Penaung PAMUP, Datuk Seri Azman Ujang, berkata berdasarkan maklum balas orang ramai, kandungan berita yang kurang menarik menjadi alasan utama mereka Tak lagi membeli surat khabar.

Beliau berkata, perkara itu menyebabkan jualan akhbar di negara ini menjunam, yang akhirnya memberi kesan kepada vendor.

“Banyak berita yang disiarkan dalam surat khabar boleh didapati dengan lebih pantas menerusi media sosial. Jadi, Bila berita itu keluar keesokkan harinya, orang tak mahu beli surat khabar sebab sudah baca semalam.

“Jadi, syarikat penerbitan perlu menyiarkan artikel atau berita yang lain daripada yang lain dengan menjalankan tugasan penyiasatan untuk menghasilkan berita berbentuk laporan khas yang Tertentu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis Santap malam PAMUP keempat, di sini. Yang turut hadir, Presiden PAMUP, Shaikh Naina Zainal Abidi.

Tambah baik kandungan berita, tarik pembaca

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *