25tukar.transformed.jpg

Tangani penyeludupan manusia, Malaysia guna dasar kemanusiaan – Zahid

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Foto BERNAMA

NUSA DUA: Malaysia akan meneruskan komitmen dalam menangani isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia di rantau ini walaupun bertindak atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu kerap dibincang di pelbagai platform termasuk pertemuan dalam kalangan pegawai kanan (SOM) negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, antara kekangan dihadapi ialah sikap beberapa pihak termasuk negara sumber yang kurang menghiraukan masalah terbabit.

“Ketika kita berdepan masalah ratusan pelarian terkandas di Laut Andaman dan Lautan Hindi pertengahan tahun lalu, Malaysia Menciptakan penyelarasan bersama pihak berkuasa Indonesia dan Thailand secara ad hoc.

“Pada dasarnya, Malaysia dan Indonesia mempunyai komitmen bersama dalam menangani isu pelarian tetapi keadaan pada waktu itu berbeza serta memerlukan tindakan pantas.

“Justeru, kita meletakkan aspek kemanusiaan sebagai asas tindakan,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja bagi menghadiri Mesyuarat Proses Bali Mengenai Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia serta Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan (Proses Bali) peringkat menteri keenam, pagi ini.

Mesyuarat Proses Bali berakhir semalam.

Tangani penyeludupan manusia, Malaysia guna dasar kemanusiaan – Zahid

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *