17ular1_1534481328.jpg

Tedung selar masuk kelas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEREMBAN: Seekor ular tedung selar sepanjang lima meter “menumpang belajar” di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyatoh, Rantau, di sini, Bila masuk ke sebuah kelas Tahun Satu ketika 30 murid sedang belajar, hari ini.

Pegawai Bahagian Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Kapten Abdul Baith Abdul Rahim, berkata kejadian jam 10 pagi itu menyebabkan semua murid di kelas berkenaan ketakutan dan berlari keluar.

Katanya, kejadian itu disedari beberapa murid yang ternampak ular berkenaan di bawah meja guru di hadapan kelas sebelum memberitahu guru.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepajang lima meter yang ditemui oleh murid dalam laci meja guru kelas di Sekolah Kebangsaan Nyatoh Rantau. – Foto ihsan APM

“Selepas memastikan semua murid keluar dari kelas berkenaan, guru terbabit segera menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Baith berkata, tiga anggota APM tiba di sekolah itu pada jam 10.40 pagi dan mendapati ular tedung selar berkenaan masih berada di bawah meja guru.

“Anggota APM mengambil masa 41 minit untuk menangkap haiwan berbisa berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tedung selar masuk kelas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *