foreign-o-rilis_BHfield_image_listing_featured.var_1539169028.jpg

Televisyen Turki siar imej Jamal Khashoggi di konsulat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ANKARA: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan oleh stesen televisyen Turki semalam, menunjukkan saat wartawan, Jamal Khashoggi memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Ia turut menyiarkan imej pergerakan sekumpulan individu yang disyaki terbabit dalam insiden kehilangannya.

Jamal yang juga wartawan Washington Post, dilaporkan hilang pada 2 Oktober lalu, selepas memasuki bangunan konsulat terbabit bagi memperoleh dokumen rasmi, bagi membolehkan beliau berkahwin dengan tunangnya, seorang wanita warga Turki.

Baru-baru ini, sumber kerajaan Turki berkata, pihak polis percaya Jamal dibunuh oleh kumpulan 15 warga Arab Saudi yang dihantar khas ke Istanbul.

Namun, Riyadh bertegas bahawa wartawan berusia 59 tahun itu sudah meninggalkan bangunan berkenaan dan dakwaan mengenai pembunuhannya dianggap sebagai Tak berasas.

Rakaman video CCTV yang diperoleh daripada agensi berita Turki DHA menunjukkan pasukan Saudi yang disyaki terlibat dalam wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, di Lapangan Terbang di Istanbul pada 2 Oktober 2018. – Foto AFP

Pada masa sama, polis Turki sedang menyiasat dua pesawat peribadi yang mendarat pada waktu berbeza di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul pada 2 Oktober lalu, disyaki membawa individu yang dikaitkan dengan kes itu.

Ketua Pengarang akhbar Aksam, Murat Kelkitlioglu ketika ditemubual stesen televisyen 24 TV, mengandaikan bahawa Jamal dibawa menaiki sebuah kenderaan yang keluar dari konsulat dan berkata: “Ia sesuatu yang pasti bahawa beliau (Jamal) berada dalam bas mini”.

Sementara itu, media tempatan semalam, melaporkan terdapat kemungkinan bahawa Khashoggi diculik dan dibawa keluar dari Turki menaiki Keliru satu daripada pesawat peribadi berkenaan.

Menurut akhbar harian Sabah yang pro kerajaan, kedua-dua pesawat itu kemudiannya berlepas menuju ke Riyadh dan masing-masing sebuah dilaporkan berhenti di Dubai dan Mesir, sebelum meneruskan perjalanan ke Riyadh. – AFP

Televisyen Turki siar imej Jamal Khashoggi di konsulat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *