BHzakatkedah6-o_BHfield_image_listing_featured.var_1596681105.jpg

TEMCO: Zakat Kedah sedia tambah bantuan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersedia menambah bilangan bantuan makanan di setiap kawasan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman. - Foto NSTP/Amran Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman. – Foto NSTP/Amran Hamid

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman, berkata makanan terbabit akan diedarkan menerusi masjid kariah masing-masing dalam masa terdekat.

“LZNK sudah menghubungi penolong amil di kariah terjejas. Kita sedang memantau dan menunggu maklum balas untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak kami juga yakin usaha ini dapat membantu kerajaan meringankan bebanan penduduk terjejas selepas wujudnya kluster Sivagangga di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim, iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, LZNK sudah memperuntukkan hampir RM17 juta kepada penduduk terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam NSTP melaporkan penduduk sekitar Napoh terutama berpendapatan rendah, berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka Tak dapat bekerja selepas kerajaan melaksanakan TEMCO.

Tinjauan mendapati, rata-rata bekerja sebagai penoreh dan petani terpaksa akur dengan arahan terbabit dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • TEMCO: Zakat Kedah sedia tambah bantuan

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail