18abubakar.transformed.jpg

Tempoh hukuman Abu Bakar Bashir dipendekkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Abu Bakar Bashir. – Foto ANTARA

JAKARTA: Indonesia mengurangkan tempoh penjara ulama negara itu, Abu Bakar Bashir, sebanyak tiga bulan sempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 2011. Abu Bakar ialah pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah yang didakwa mendalangi serangan bom di Bali pada 2002.

Menurut agensi berita Antara, ketua Pejabat Pemulihan bagi Agensi Hak Asasi dan Keadilan Jawa Barat, Agus Toyib, berkata ia Adalah tahun kedua Abu Bakar diberi tempoh pengurangan sempena Hari Kemerdekaan.

Beliau berkata, Abu Bakar sudah menjalani satu pertiga hukumannya dan memberi kerjasama, dan dilihat sudah memenuhi syarat pengurangan hukuman.

Menurut laporan Jakarta Post, beliau ialah antara 11,000 banduan di Jawa Barat yang diberi pengurangan tempoh hukuman sempena Hari Kemerdekaan Indonesia. – Agensi

Tempoh hukuman Abu Bakar Bashir dipendekkan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *