19latif.transformed.jpg

Terengganu tunggu laporan kes pelajar jatuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berhubung kes seorang pelajar terjatuh daripada tingkat satu bangunan sekolah di Hulu Terengganu, Selasa lalu, sebelum boleh mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang , berkata siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum kes itu boleh diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kita harus memandang kemalangan di sekolah secara khusus sama ada kemalangan itu disebabkan fizikal, kecuaian atau tindakan pihak kedua atau ketiga.

“Mungkin ia berlaku kerana ada yang tolak atau sengaja membuatkan kemalangan itu berlaku atau faktor individu itu sendiri iaitu kemurungan, emosi dan mental.

“Kita Tak boleh terburu-buru untuk mendapatkan keputusan siasatan, jadi lebih baik kita menunggu laporan penuh dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (tengah) bersama Pakar persatuan pegawai syariah pada majlis Santap Malam Sempena Penubuhan Persatuan Pegawai Syariah Negeri Terengganu di Dewan Gamerlan 3, Primula Hotel. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

“Kita juga berharap pihak sekolah sentiasa memberi perhatian sekiranya ada pelajar yang kemurungan, bersendirian atau mencurigakan supaya perkara seperti ini Tak berlaku,” katanya selepas majlis perasmian penubuhan Persatuan Pegawai Syariah Negeri ( PPSNT), di sini, malam tadi.

Selasa lalu, seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Jenagor, Hulu Terengganu cedera selepas terjatuh daripada tingkat satu bangunan sekolah, dipercayai akibat kemurungan.

Berdasarkan perbualan antara pihak polis dengan bapa pelajar, mereka dimaklumkan mangsa sering kemurungan dan mengalami halusinasi.

Bapa mangsa juga memaklumkan anaknya sudah bertukar dua sekolah kerana masalah yang dihadapi itu dan mendaftar di sekolah berkenaan pada 3 Januari lalu.

Terengganu tunggu laporan kes pelajar jatuh

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *