azzz_1536997343.jpg

'Terima kasih, Perdana Menteri'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA NERUS: PAS menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas persetujuan mengembalikan royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata langkah itu dilihat sebagai perkembangan positif terhadap usaha menghidupkan semula semangat federalisme yang dianggap lemah ketika pentadbiran terdahulu.

“Diharapkan banyak lagi ruang diberi kepada kerajaan negeri khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang tanpa mengira perbezaan politik.

“Kita juga memerlukan keterbukaan untuk meminda Perlembagaan dan akta peninggalan penjajah seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrif sebenar.

“Agenda menyeluruh juga perlu membabitkan mengangkat hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan, di samping mengukuhkan sistem tadbir urus serta keadilan sosial dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertema ‘Islam Memimpin’ sempena perasmian Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

HADI Awang menyampaikan ucaptama semasa merasmikan Muktamar PAS Pusat Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. – Foto Ghazali Kori

PARA perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS Pusat Kali Ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini. – Foto Ghazali Kori

Hadi berkata, PAS Tak berganjak daripada agenda mendaulatkan undang-undang syariah dalam kerangka demokrasi berperlembagaan.

Sebelum ini, katanya, PAS memandang ada ruang boleh digunakan untuk mengangkat kuasa Mahkamah Syariah sebagai teras pelaksanaan undang-undang.

Hadi berkata, ia mendorong PAS membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) ke Parlimen sejak 2016.

“Kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk menentukan sikap terhadap RUU berkenaan.

“Bagi pihak PAS, kerajaan Kelantan dan Terengganu sentiasa bersedia berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, di samping membuka pintu Obrolan kepada golongan sasar bagi lebih memahami agenda itu,” katanya.

'Terima kasih, Perdana Menteri'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *