WhatsApp_Image_2017-10-22_at_12.57.02_AM.jpeg.transformed.jpg

Terkini: Jenazah keempat dikeluarkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GEORGETOWN: Jenazah mangsa keempat kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Nusa Pinang, Saadon Moktar, berkata Jenazah terbabit dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.

“Mangsa keempat dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dapat dikeluarkan pada jam 11.31 malam, sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih tertimbus Adalah 10 orang.

“Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8 pagi ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

ANGGOTA penyelamat mengangkat satu lagi Jenazah mangsa tanah runtuh yang ditemui di tapak pembinaan Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. Jenazah keempat ditemui jam 11.31 malam. – Foto ihsan APM

Seramai 14 pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian berkenaan pada jam 8.50 pagi semalam.

Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit.

Terkini: Jenazah keempat dikeluarkan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *