image282129.jpg

Tiada lagi Ali, Asmidar… : Ogy Ahmad Daud

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

“LEPAS ini, tiada lagi panggilan Asmidar dan Ali,” luah pelakon terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih popular di sapa sebagai Ogy Ahmad Daud.

Menurutnya, panggilan tersebut sememangnya digunapakai olehnya dan Azmil Mustapha sejak membintangi filem yang sekali gus mencipta Kenyataan tersendiri, Ali Setan.

“Dia menggelarkan diri sebagai Ali, malah turut memanggil saya dengan Asmidar. Panggilan itu terus ‘lekat’ sampai hari ini,” katanya pada Sinar Harian.

Azmil  meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

“Kali akhir saya dapat bercakap dengan dia Adalah pada tahun ini.  Ketika itu saya mengundang dia untuk datang ke program Huru Hara.

“Akan Tetapi, dia menolak kerana katanya ini bukan masa yang sesuai. Lagipun, dia kata dah lama tak tengok TV.

“Sebab itu, saya agak terkejut dengar berita pemergiannya. Badan saya pun menggigil,” katanya.

Bagaimanapun, bintang filem Langit Cinta ini bersyukur kerana pemergian Azmil dipermudahkan.

“Alhamdulillah, dia mendapat keredaan ALLAH SWT malah dia pergi juga dengan mudah dan tenang,” katanya.

Bukan sahaja menjadi sahabat baik dan rakan lakon, aktres berusia 56 tahun ini turut menganggap Azmil sebagai abang.

“Dia menjaga saya seperti adik terutama ketika kami sama-sama menjalani penggambaran filem Ali Setan.

“Saya juga tak pernah dengar dia bercakap jelek pasal orang, semuanya baik-baik sahaja.  Dia seorang yang sangat selesa untuk berkawan dan berbual,” katanya lagi.

Malah, katanya, Azmil Adalah individu yang paling kuat memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.

“Masa saya mula-mula berhijrah, dia orang pertama datang ketuk pintu rumah saya dan bagi sokongan.

“Masa saya pilih untuk kembali berlakon selepas berhijrah, dia juga sokong dan katakan itu Adalah ketentuan ALLAH.

“Dia juga nasihatkan saya agar jangan melupakan-NYA dalam setiap apa yang lakukan,” katanya.

Tiada lagi Ali, Asmidar… : Ogy Ahmad Daud

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *